Pinjaman Overdraft Bank

Apakah masalah yang anda mungkin hadapi?

Pinjaman overdraf adalah jenis pinjaman di bawah kategori pinjaman permintaan yang ditawarkan oleh bank. Pinjaman juga dikenal pasti dimana pemohon pinjaman mesti bersedia untuk membayar balik pada bila-bila masa. Kemudahan ini membolehkan peminjam untuk membelanjakan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka, berdasarkan kredit yang ditentukan oleh bank. Kemudahan ini juga dikenali sebagai kemudahan aliran tunai.

Cara penyelesaian untuk masalah anda?

Jumlah had kredit yang ditentukan bank akan bergantung kepada cagaran yang anda tawarkan. Contohnya, jika anda cagarkan hartanah berjumlah RM 500,000, overdraf yang anda bakal terima ialah RM 250,000, iaitu 50% dari apa yang anda cagarkan. Namun, pengiraan jumlah sebenar overdraf bergantung kepada bank yang menawarkan kemudahan tersebut.

Apa yang kami tawarkan kepada anda?

Selain dari kemudahan overdraf konvensional, kemudahan overdraf Islamik juga ditawarkan untuk golongan Muslim dan  pihak yang memilih untuk menggunakan servis perbankan Islam. Kemudahan overdraf Islamik menggunakan prinsip Murabahah. Overdraf memberikan anda kebebasan untuk menentukan bila dan bagaimana anda akan membuat bayaran balik, kerana tiada jadual bayaran balik yang perlu anda patuhi.

Kelebihan sekiranya anda membuat pinjaman dari kami?

Jadi, anda boleh tentukan pembayaran bergantung kepada kebolehan anda untuk membayar semula. Anda hanya akan dikenakan caj kadar faedah hanya untuk jumlah overdraf yang anda gunakan dari akaun overdraf tersebut, dan bukan untuk jumlah keseluruhan overdraf yang diberikan oleh bank.

Kesimpulan

Secara amnya, overdraf boleh menjadi pilihan untuk pebiayaan jangka masa pendek, dan dalam situasi kecemasan. Seperti kemudahan kewangan yang lain, ia boleh membantu anda jika anda gunakannya dengan bijak, tetapi akan menjadi beban jika sebaliknya, oleh itu berhati-hati apabila menggunakan kemudahan ini.

Scroll to Top